Terimalah hakikat bahawa dia tak pernah menjadi milik mu
Dia cuma seorang sahabat padamu
Jangan menganggapnya lebih dari seorang teman
Walaupun tingkah lakunya melebihi seorang kawan
Kau harus menerima takdir itu
Iaitu dia adalah seorang kawan,sahabat dan teman
Walau bagaimana cara pun sikapnya
Ingatlah dia adalah sahabatmu
Walau betapa dalamnya renungannya
Jangan lupa yang dia adalah temanmu
Walau betapa dalamnya cinta kau padanya
Ingatlah dia adalah kawanmu
Dan walau sehebat mana dan se setia mana pun kau terhadapnya
Dia adalah sahabat,teman dan kawanmu
Yang paling baik dan indah buatmu
Saat dia mengungkapkan yang ”dia” telah mencuri hatinya
Kau harus bahagia dan jangan sesekali bersedih
Kerana dia adalah sahabatmu
Saat dia menceritakan tentang kekasihnya
Kau jangan cepat melatah
Kerana dia adlah temanmu
Saat dia menceritakan kesdihan dia dan kegembiraan dia
Jangan cepat tersalah sangka
Kerna dia adalah kawanmu
Dan saat dia memperlakukan kau seperti permaisuri
Jangan kau terus membanggakan diri
Kerana kau harus ingat dan mengerti
Yang semua ini terjadi kerana
Dia adalah sahabat,teman dan kawanmu yang paling rapat denganmu
Dan jangan sesekali kau menhancurkan hubungan itu
Walaupun kau terlalu mencintai dan menyayangi dia sepenuh hatimu
Keranamu bukan siapa-siapa padanya
Sekadar sahabat,kawan dan teman buatnya.
No comments:
Post a Comment